Monday, August 29, 2011

makan colek


i baru tahu kat kelantan ada tradisi makan colek di bulan puasa. colek ni mcm benda-benda yang dicicah like popiah, jemput2, perut, even buah. tapi ianya hanya dijual di bulan puasa di certain kedai makan, so i kagum disitu. macam pelik pulak, bulan puasa, semua org cari colek di kelate. mungkin samalah dgn fenomena bubur lambuk di tempat lain, hanya di bulan Ramadhan. 

so, last two days, after shopping kasut raya kat kb mall, hubs belanja sefamily makan colek. 

 kesayangan saya dunia akhirat


 muka penat baru balik dari KB mall

 teh ais yg sedap weii

 colek malas + popiah

 org lain makan colek, i sibuk order mee goreng..muahaha, share dgn hubs

 colek perut

akhir sekali, sempena hari terakhir ramadhan tahun ni, i nak ucapkan selamat hari raya , maaf zahir dan batin kepada semua yg sudi membaca blog ini, especially sahabat handai dan saudara mara. semoga bertemu lagi kita dengan ramadhan tahun depan. ;)

YEAH YEAH ESOK RAYA!!!

Sunday, August 28, 2011

kuih seri kaya/kuih kaya


actually tak sure ape exactly org panggil. seri kaya tu mungkin kalau letak pulut bawah, kuih kaya ke, atau sekaya ke. whatever it is, i think rasa die macam puding karamel tu, so i mmg tak makan langsung. i tak boleh rasa kuih yg rasa telur kuat mcm tu. i musykil how some people suke sesangat makan kuih ni. mcm hubs. die yg request mil i buat kuih ni.tapi hbubs takdelah suke sesangat, cume die teringin nak makan sbb lama tak makan kot. 

 senang je buat. campur bahan-bahan, pukul sampai kembang dan kukus. resepi tepat cari la sendiri ye. hehe


ini adalah menu berbuka hari ke 26, first day berbuka dgn family hubs.

dah hujung puasa dah ni. nervous nak raya la pulak.. ;)


Saturday, August 27, 2011

bersahur di hentian rehat


dah 27 ramadhan dah. how fast time flies. scary. ini otw bertolak dari kl ke kelate. dr rumah, me dgn hubs terbayang-bayang nak mkn mcD. hubs cakap mkn mcD kat genting sepah jela, tapi bile sampai sana around kul 4 pagi, rupanya situ bukan 24jam. kecewa sgt2, baru berangan nak sahur burger mcchicken. ;(

so, in the end, makan nasi jelah. itu je yang ada.walaupun normally sahur i just minum air susu je kat umah, tp bile dlm perjalanan, lapar lain mcm pulak. lol.

waktu tragedi: 4 pagi








sebelum naik kete balik, ckp dkt hubs teringin nak makan burger, so tapau la daging special and share pulak dngan hubs dlm kete. haha. kenyang betul sahur. :)

Friday, August 26, 2011

bersahur dengan maggi


menu sahur kelmarin. teringin bebenar nak makan maggi. nak makan masa buka, hubs tak bagi. katanya mengarut je buka makan maggi. so makanlah masa sahur.




walaupun hanya maggi, tapi layan. sebab dah lama giler kot tak makan. slurpp.... ^_^

Thursday, August 25, 2011

of kerepek dan kuih raya


cepatnye masa berlalu. tup tup dah nak hujung Ramadhan. hari ni dah 25 hari kita puasa. tak terasa sangat pun kepenatannya kan. tapi tetap ada hari-hari yang lemau semacam. O_o

last few days, pergi beli kerepek raya dekat kedai kerepek dekat sini. baik brother tu layan kami. bagi diskaun pulak, siap cakap mana yang sedap dan tak sedap. kuih raya pun ada sikit. tapi yang itu orang bagi. ni semua nak bawak balik kelate malam ni, maklumlah tahun ni turn sebelah hubs. kuih tu nak bagi bonda kat johor sikit, tapi lambat lagi balik. huhu,

 pelbagai.

 kerepek kacang dhal adalah kerepek paling sedap sedunia. our favourite. yumsss.

kuih raya. i tak minat kuih raya sangat, makan sikit2 je. 


korang dah beli/buat kerepek raya? kuih raya? ewah. ;)

Wednesday, August 24, 2011

kisah sedih seorang isteri kehilangan suami


kisah sedih akak ni yang kehilangan suami awal ramadhan lalu, tersebar luas cerita nya antara blog dan twitter. tapi mungkin ramai yang belum baca, so i sekadar ingin berkongsi kisah akak tu kat sini. dah bace tu, komen lah pendapat korang kat sini eh. tq. 
>>link<<

i dapat link akak tu dari twitter. lepas bace sila peluk suami masing2. sekian.

wordless wednesday: ikan cencaru sumbat (menu sahur)



*close-up*

Tuesday, August 23, 2011

Berbuka puasa @ D' Chiengmai, Sg. Buloh


Semalam ada berbuka event dekat Restoran D' Chiengmai, Sg. buloh. mungkin org sg.buloh familiar dengan restoran eksklusif ni. parking luas, tempat kemas, cantik dan secara ringkas mmg kemas, dan sgt selesa. makanan pulak, mmg sedap sampai menangis. serius tak tipu. belum pernah lagi rasa tom yam sesedap tempat ni sepanjang hidup. sedap sgt tapi agak pedas, lauk pauk yg lain semua sedap belaka. kesimpulan, mmg sedap. eh.. berapa banyak kali sedap daa... dan tak lupe, surau juga adalah selesa ya amat. restoran ni adalah restoran tertutup yang ber aircond.

sebelum tayang gambar, nak bgtau, tempat ni ct nurhaliza pun pernah dtg makan tau. ewah. so, semalam dgn muka tak malunye amik gambar byk2, sampai kawan hubs tegur, 'intan, amik gambar je mana kenyang..' masa tu belum buka lagi. anyway, terima kasih pada yang belanja. satu kepala tak silap adalah rm85, depends pada berapa jenis lauk agaknye. mmg berbaloi, sbb ada 11 lauk yang semua best dan udang adalah besar2, fresh dan.. pendek cerita, sila cuba sendiri. 

pemilik kedai ni org siam agaknye, tukang masak mahupun pekerja kebanyakannya org siam, yang betul2 siam dan bercakap siam, tapi sini adalah halal. 





 







ini kali kedua berbuka kat sini, first time adalah last year. ;)

makan etok


korang pernah makan etok? kat kelantan, benda ni banyak. tapi tak pernah pulak hubs beli. semalam masa kat bazaar ramadhan, ada pulak org jual etok ni, mmg tak pernah kot tengok kat sini, first time. hubs pulak teringin nak beli. ewww. geli jugak i masa tgk hubs beli. sbb pelik kan nak makan mcm tu aje, mmg lah dah rebus, tp tetap tidak menggiurkan.

 sebungkus rm2. masa hubs beli dlm hati i, eh, biar betul abg ni?

tapi licin jugak hubs makan. tak tau la sedap ke tak. i tgk hubs makan mcm takde perasaan, main makan aje. hehe. i mmg kirim salam jela nak rasa. i tak makan benda berkerang ni mcm kerang, kepah dll. 


Monday, August 22, 2011

menu buka puasa day 20


hari tu kami just berbuka dengan mi. hubs makan mi sup tulang i pulak makan ni goreng mamak. hubs yang tolong gorengkan utk i.. yumss.. cume termasin sikit la.

 sup tulang tu beli kat kedai, then i just masukkan mi dan panas atas api. 

hubs tolong gorengkan, hubs kalau goreng mi sedap sgt di tekak i ni. 

bila berbuka dengan mi ni, kenyang die lain macam la pulak, macam kenyang sgt i rasa. 
day 22 dah harini. another 7 days.

Saturday, August 20, 2011

berbuka puasa @ hotel concorde


baru semalam kat WHI tv3 tunjuk buffet kat concorde. malamnye i dgn hubs buka kat situ. ada berbuka event dgn colleagues.rm89 per head kalau tak silap i lah. 


 masa ni tgh tggu member hubs, dah azan pun belum buka lagi. tp sempat i camwhore sorang2.


 this year, we'll celebrating merdeka raya, as people on the tv put it.

 kuih muih-wajib masa berbuka session kan

 long queue, sabar jela. since they dont serve much choices at other table, i have to join the queue. sigh.

food galore

 marshmellow and chocolates.. 

 desserts ... yumss

 tropical fruits

 aneka bubur

 puding roti

 masakan melayu, semua org lapar nasi! so do i. ;)

 my plate, actually ini second plate. ;) first plate i makan sikit2 je, i amik mi and ns himpit and whatnot, warm up dulu.


sebab makan dengan sopan dan lembut, lalu cepat kenyang, nasi cenonet pun tak mampu abiskan. hebat.

 hubs punye dessert plate.

 member hubs , pengantin agak baru ni. malu-malu kucing. ;)

 desserts. sinfully delicious.. yumss. see, got that bengkang ubi kayu, not bad ;)

my final plate. ehem. tp semua pun takde yang abis. amik kemain lagi. tp buah tu abislah. 

overall, not bad la makanan die. ada yang sedap ada yang biasa. cume for me, i rasa choices agak kurang, dan org adalah ramai sgt. pack giler macam. 

apepun, thanx pada yg invite. bukan duit sendiri ma. cuma parking rm7 tu tak boleh ke reduce kan sempena ramadhan ni? mahal sgt tu. 

anyway,day 20 people, 9 days to go, how time flies! raya mode: ON
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...