Friday, September 30, 2011

makan western food


sesekali tekak nak makan makanan western. dekat area rumah i ni ada satu kedai makanan western, agak baru jugak. selalu ramai orang kat kedai ni, kami syak sebab harga die murah dan sedap. so terjah sekali. nak merasa. 

 my other half baru balik keje, muke exhausted semacam



 honey dew dan laici

 fish and chips, rm6

 chicken chop, rm6


harga murah. servis cepat, taste sedap jugak, except the drinks yang mungkin perlu di improve sikit.. but all in all, what more can u expect dari kedai sederhana macam ni, so i rated u, 8/10. boleh layan lagi dan lagi. =)

Thursday, September 29, 2011

it will rain-bruno mars


lagu baru bruno mars yang akan keluar dlm filem twilight breaking dawn bulan 11 ni. best giler oh. jom layan. 

Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday: rojak buah..nom nom





Tuesday, September 27, 2011

makan di pizza hut: pizza chunky loaded


serius lama giler kot tak makan pizza. last makan pun berbulan-bulan yang lalu, itupun pizza beli kat pasar malam. normally nak makan dominos tapi dominos tak banyak outlet. pizza hut i kureng sikit. tapi sebab atas dasar kepingin dan konon meraikan i yang telah habis puasa 6, hehe, maka hubs ajaklah ke pizza hut merasa pizza baru, chunky loaded yang banyak lapisan tapi nipis.

come together in the set, mushroom soup and garlic bread.


 in that set, air pepsi tapi i tukar dgn ice choc. ice choc die sedap sbb not too thick dan just nice rasa dia.


 pizza chunky loaded. tempting much?

 bagi i pizza ni menepati citarasa i sbb nipis dan garing mcm pizza dekat dominos. 



i dunno sejak bile but now dah ada button ni yg kita just press utk panggil diorg. so easy that we pressed the buttons, they quickly came, order please...chilli sauce, please. later... bill, please. tak payah tebalkan muka melambai-lambai tapi waiter tu buat tak nampak.


later in the evening, kami pergi open house rumah kawan hubs, kema & saleha. suami dan isteri dua-dua pun kawan hubs. dan si saleha ni juga adalah kawan baru i sebab die rajin baca blog i dan tegur i di fb. thanx saleha, sedap nasi ayam awak. kongsi sikit resepi ayam tu. eh. hehe.

=)

Monday, September 26, 2011

tv show: the x-factor USA 2011


ada sesiapa yang tgk x-factor USA last week jumaat dan sabtu? raise your hand. me!! ok, over pulak. hehe. rancangan ni actually lebih kurang je dgn american idol sbb utk penyanyi, yg beza nye audition dibuat dengan penonton sekali dan umur org yg masuk boleh reach sampai 88 tahun. dan mereka mencari penyanyi yg ada x factor.

and dua dibawah ni adalah my two favourites audition utk first episode. serius, tgk sambil mengalir air mata sbb terharu dengan citer sedih diorg, pastu bile menyanyi pulak, kemain best lagi. dan you know what, i kept replay this videos, sampai hubs annoyed. biaselah, sy mmg over bang. o_O hiks. 

tell me what u think about these vids: 

chris rene, 28

this guy adalah pengutip sampah yang baru keluar dari pusat pemulihan dan bersih dari arak dan dadah selama 70hari. dan lagu ini die buat sendiri lirik dan melodi tentang hidup dia. 


stacy francis, 41

seorang ibu yang dah lama nak menyanyi tapi dulu bf die asyik cakap die terlalu tua utk menyanyi dan sekarang baru die berpeluang nak tunjuk bakat. 


=)

Friday, September 23, 2011

Pergi open house


balik jb aritu, banyak sangat open house parents i ajak pergi. itupun ada yang tak pergi. hubs cakap tak sangka johor berlarutan open house sampai hujung syawal. fenomena ni cuma di johor sebab johor ada marhaban, tak semua tapi ramai yang buat marhaban sebelum sesi makan-makan. tapi negeri lain pun ada jugak kot, tapi tak semeriah johor kot. ewah. ok tak, semua pun meriah la. hehe. 


 nampak je roti canai terus ku rembat sekeping. best.

hubs makan nasi lemak.

 merasa mi rebus.

bubur jagung, a bit cair but sedap jugak.

 this baby girl makan roti canai sekeping tak padan kecik. bile i tak bagi die teruskan, tetap nak jugak. opah pun galakkan die makan terus. =)

my dad and hubs

my sis, my mom dan uzair dalam pangkuan


Thursday, September 22, 2011

anak buah kesayangan



 Qalesya, setahun 9 bulan


Uzair, 3 bulan

ini budak kecik yang kuat makan, tak perlu vitamin macam budak lain. ;) dan kuat mengacau juga. 

moga mak ngah dapat bagi sepupu kat korang tak lama lagi. eh. 

=)

Wednesday, September 21, 2011

the happy boy


mari i cerita tentang sorang lelaki ni yang suka benar beli jam. hubs ni dari haritu dok mencari jam g-shock. mmg peminat jam ni sejak zaman uni lagi. tapi kalau survey mana-mana hubs tak puas hati dengan harga nya sbb too expensive compare to jam yg hubs beli zaman uni dulu. then, kebetulan balik jb aritu, hubs ajak singgah kedai jam yang kitorang beli jam hantaran satu tika dulu. sekali ada pulak jam ni dengan harga murah uols. kalau kat kl jam ni harga rm300 tapi kat kedai tu die letak rm200 tapi after tawar dpt rm180. best kan kan?

kehappyan hubs terus beli. suka sgt ler tu. after kawen ni dah jam kedua hubs beli. i jugak yang setia pakai jam hantaran. T_T


 reason beli jam ni, sbb tahan lasak. jam sebelum ni hubs sayang nak pakai selalu.


kalau uol orang jb, boleh cari dekat ulu tiram. situ lah kami beli. tapi kalau nak murah lagi, beli yang tak ori rm40 saje punnn boleh. ;) tapi nak bgtau byk la model lain yang harga lagi mahal, and here i'm talking about this specific model. kbai!

Tuesday, September 20, 2011

makan lontong


balik jb haritu, sampai-sampai je rumah, tengok my mom masak lontong. memang actually i teringin betul nak makan. lama giler kot tak makan; one of my favourite food. lontong johor adalah makan dengan sambal tumis tau, bukan kuah kacang. ada sorang warga kelantan tu sibuk nak argue dgn org johor yg makanan ni makan dengan kuah kacang. org kelate tu diam-diam situ sudah. sapelah agaknye org kelate tu ye? hehehehe

 kuah lodeh

 ayam goreng

 sambal tumis ikan bilis

 rendang kerang. walaupun i tak suke kerang tapi bila makan, sedap wehh


eh, nilah orang kelate yang sibuk tu..hehehe

malam tadi i adalah demam dgn sangat teruk. siap gigil-gigl satu badan. risau sgt sbb puasa 6 belum habis lagi. nasib baik harini dah sihat dan boleh sambung puasa.

Monday, September 19, 2011

balik JB


weekend baru-baru ni balik jb. sebab raya tahun ni kat kelantan, ni baru nak raya kat jb, family sebelah i pula. dan ni gambar perjalanan rawang-jb-rawang.

singgah di hentian pagoh untuk sarapan dan solat subuh.


 nasi goreng

nasi lemak yg tak best sambalnye





dan di bawah ni, masa on the way balik rawang pula. singgah kat RnR machap. 

this time, my mom tapaukan nasi lauk ikan pais dgn sayur. sedap giler ikan pais, lama giler kot tak makan. hubs siap cakap, nanti u buat eh. sedap la. actually, masa awal kawin dulu i ada buat sekali, tp hubs tak ingat kot. kari ayam itu hubs beli sebagai lauk tambah.

camwhore.


nanti i update lagi. kbai!

Thursday, September 15, 2011

@ kedai nasi ayam traffic light, rawang


hari ahad lepas, balik dari rumah adik i, sebelum sampai rumah, hubs ajak singgah makan dekat nasi ayam traffic light. warga rawang tentu kenal tempat ni, famous dgn nasi ayam nya. menu tak banyak, mostly org dtg hanya makan either nasi ayam or nasi ayam goreng. sedap i tell u! tapi takdelah sedap melampau-lampau. sekadar sedap dan best. janji puas hati ;)

kedai ni betul-betul tepi jalan dekat traffic light. thats why nama je pun begitu ye.

 the rests in the menu



 we ordered nasi ayam goreng. in less than 5 minutes, da sampai, sbb mmg die dah prepare kot, customer sentiasa ramai, so die dah siapkan. nasi ayam goreng ni teksture nye agak lembik dan tak garing sgt, tapi sedap!

teh ais dan air kelapa




dan, sini juga ada jual cucur udang. mak aih sedap giler la. rasanye seumur hidup belum pernah makan cucur sesedap ni. ok hyperbola. tapi betul la, u guys yang dok rawang, mmg kene try makan sini if belum pernah. cucur ni kami tapau aje. hehe. sedapnye la haii kalau ingat balik. ;)

dah lah harini i puasa, bile tgk gambar ni, meleleh air liur... T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...