Thursday, March 1, 2012

resepi kek batik marie


hari tu time balik umah mil, makan sikit kek batik marie sil buat. lepas tu terus rasa nak buat pulak. berkurun dah kot tak buat, last buat dulu pun sebelum kawen rasenye. hehe. kek batik ni kalau tak makan takpe, kalau dah makan, terus rasa nak makan. eh, gitu pulak ye. 

so merajinkan diri buat. lagipun berapa minit je kot dah siap. senang aje, semua org pun tahu buat punye. kan. tapi saje lah nak share resepi i kat sini. kalau kat internet, mmg menimbun resepi kek batik marie ni, mcm2 cara org buat. ada yg guna susu cair, guna telur, ada gula takde gula. mcm2 la. senang cerita depends pada kita, nak buat mcmana. janji selera ikut tekak, ada org tak suke manis, ada yg suka, so sesuke hati la kan. eh, pjg pulak mukadimah den ni. :))


resepi cara saya:

1. butter 1/3 (saya gune yg buttercup 250g)
2. milo/koko 2 cawan (atau 1 koko 1 milo)
3. susu pekat manis 3/4 cawan
4. biskut marie munchy's satu row (kurang takpe)
5. air satu cawan
6. sebiji telur saiz kecik yg dikacau macam telur dadar tu.( tak letak pun takpe)

cara buat:

1. cairkan butter atas kuali (api kecil)
2. masukkan susu, kacau
3. masuk milo/koko sikit-sikit dan kacau supaya tak berketul
4. masukkan air dan telur
5. masuk biskut yg dah dipatah empat. kacau kejap.
6. tutup api
7. angkat masuk dlm bekas. saya gune bekas aiskrim kecik bulat tu.
8. tangan balut dgn plastik, tekan2 biskut tadi supaya rata.
9. masuk dlm fridge, 2 jam kemudian, boleh makan. yeay!!

tips: lagi kurang biskut, lagi banyak coklat nye. 

 yg ni eggless. 

yg ni saya masukkan telur. dua2 pun sedap!!

3 comments:

cha said...

aaaa temptingnya tgk yg xde telur tu. i dh lama nk buat tp tak buat2 huhu.

Tina Othman said...

wow yg first tu meleleh2 coklatnya, lama gila tak buat kek batik ni sebab takde org makan, jenuhlah kalau tukang buat yg kena makan semua kan =)

intan izani said...

cha, tina,
buat sikit2 je. kalau buat byk2 mmg tak termakan pun. hehe. sy pun makan sorang2 gak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...