Monday, April 23, 2012

Filem Songlap


saya terpanggil untuk memberi ulasan tentang filem ini. di twitter, ada beberapa org yang saya sering suka pandangan mereka, cakap filem ini seperti hollywood sifatnya, tak melewe-lewe dan menarik. lalu sy pun tengok. 

iye, filem ini agak menarik. tak sure box office ke tidak. kalau dibandingkan dengan filem adnan sempit rasanya filem ni beratus kali lagi best. sejujurnya, saya tak faham kenapa adnan sempit begitu popular. memang agak lawak, tapi selebihnya mengarut. atau hampir 90% merepek meraban. banyak lagi filem mengarut, seperti alamak toyol, raya tak jadi bla bla bla. tapi nak bandingkan dgn filem s.sam berlakon mgkin lebih jelas perbandingannya.

ada beberapa org cakap, filem ni jadi mantap sebab fared ayam yg latih semua artis berlakon, bila sy tgk credit di hujung filem, mmg pun ada tertera latihan pelakon di bawah fared ayam. iye, fared ayam itu budak asrama saya kat dulu. now die telah bertukar menjadi pelakon yg hippies. dia pun ada berlakon dlm songlap jadi member si shaheizy sam. lupe semua nama watak, maaf.

ringkasnya, filem ni mmg langsung tak boring. tambah pulak shafie naswip tu mmg pandai betul berlakon. takde sorang pun yg membosankan. watak chinese2 dalam cerita tu pun tak cacat langsung. even semua watak terkesan, even watak fauzi nawawi yg ada few scenes tu pun rasanya best. pendek cerita semua best. mohon banyak lagi filem melayu macam ni. 

tengok dan nilaikan sendiri. kalau anda rasa mengarut filem ni, mungkin citarasa filem kita tak sama. 

image source: link
 



2 comments:

Tina Othman said...

oh cerita yg ni, yg jual baby tu kan, tgk kat youtube haritu, tapi tak concentrate sangat, jadi tak brp paham

cha said...

Ni bkn cite david teo eh? Selalu sam ni kn cite david teo je. Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...