Wednesday, July 25, 2012

resepi ikan bakar portugis


not my original recipe of course. tapi dah lama i nak try buat ikan bakar mcm kat kedai. so apa lagi google. bila google semua yg i bace hampir sama resepinya. so here we go..


sumber resepi: mat gebu dan chef wan

bahan utama:
3 ekor ikan cencaru
1 helai daun limau purut, dihiris halus
3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
3 camca besar cili kisar
1 camca teh gula
1 1/2 camca teh garam
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya


bahan kisar:
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 keping hirisan lengkuas
kicap sesudu besar

bahan utk minyak bawang putih:
1/2 cawan minyak masak
6 ulas bawang putih, ditumbuk (dgn kulit)


Cara membuatnya:
  1. Minyak bawang putih :- Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih beserta kulit dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
  2. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan air limau dan garam 10 minit, cuci dan toskan. Campur semua bahan2 kisar bersama garam, gula dan cili kisar, gaul rata.
  3. Letak ikan atas daun pisang, lumur rata dengan bahan2 no.1, tabur hirisan daun limau purut dan tuang sedikit minyak bawang putih. Balut dengan aluminium foil dan bakar atas pan leper/kuali hingga masak.
  4. Hidangkan bersama air asam utk rasa yg lebih power. hehe.
 mudah dan mengkagumkan bagi org first time buat ikan bakar style ni. tapi next time, i ingat taknak letak daun limau purut, nak ganti dgn daun kunyit, lagi sedap kot. sbb i tgk ada gak yg letak daun kunyit.

di puasa-puasa mcm ni, habis semua blog resepi i layan, bukan nak cari resepi, tapi sbb nak tgk gambar makanan. LOL.

sselamat mencuba! ewah. =)

5 comments:

cha said...

Haaaa sedapnya u. Nk try la buat hish. I plak hari2 google nak masak apa huhu

cha said...

Cop cop, U bakar dlm oven ke atas kuali?

intan izani said...

cha,
hehe, i dah edit dah pun. i bakar atas pan yg nipis tu, atas kuali pun ok.

Intan Norhaida said...

byknye bhn dia n remeh...len kali la kalo nk try pun...hehheh

intan izani said...

ayong,
tak remeh sebenarnya, cuma kene buat minyak bwg putih dgn blend bahan lain tu jela.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...