Tuesday, July 31, 2012

after tarawikh: cuba cheese naan


malas rasa nak update blog. tapi update jugalah. hehe. kejadian beberapa hari yang lalu selepas kami balik terawikh.




kali pertama try. rata-rata org suka cheese naan ni. tapi tak kene pulak dgn tekak i atau sebab bulan puasa? i pun tak tahu. sedap tapi tak lah begitu sedap. adakah kat sini je tak sedap tak tahu la pulak kan.

ayam tandoori yg ntah apa apa. fail! rasanya dulu i pernah makan kat jb, sedap je. tapi this one macam terlalu berempah or something. end up kami tapau semua baik roti dan ayam. sahur pagi esok i makan roti dgn sos cili lagi best. hehe. tapi ayam seketul akhirnya masuk tong sampah. yg lagi dua ketul hubs jenuh kene habiskan, sayang punye pasal.

mungkin dah takkan makan ayam tu lagi, pelik nauzubillah. roti tu mungkin akan try tp elsewhere la. 

selamat berpuasa hari ke 11 kalian. cepat bukan?

Monday, July 30, 2012

menu ramadhan dari dapur saya


lagi menu yang saya masak sepanjang ramadhan kali ini. 

 nasi goreng untuk sahur. makan bersama ayam golek separuh yg dibeli utk buka.

 mihun goreng untuk buka. sayangnya, tiada stock taugeh dan kucai dlm fridge kalau tak pasti lagi mengancam.

 siakap 3 rasa. our fave!

 kailan ikan masin air tangan hubs. <3

ini menu sahur pagi tadi, woke up at 4.15, i cooked everything from scratch. dari blend lada utk buat cili boh sehingga perah santan dari kelapa parut. haha. no joke. siap semua pukul 5.05. nasib sempat. tapi hubs mmg cakap i masak cepat. wahhh. tapi tak cecepat makcik2 di kampung yg sudah hebat.

tahun ni jarang beli di bazar sbb everytime beli the taste tak suit kami punye selera. btw, selamat berpuasa hari ke 10. alhamdulillah. bye!

Friday, July 27, 2012

hubs @ Taman Negara Tahan


sekadar ingin berkongsi pictures of hubs pergi Taman Negara Tahan, Pahang dgn colleagues. according to him, satu pengalaman yg best, cume service dan fasilitator yg disediakan kat sana agak hampeh. mungkin if uols yg mmg adventurous boleh pergi in a group, sure happening. so here we go..

 yg jalan alone tu big boss.





 sape lah mamat yang buat peace sign tu, cute betul la.hehe.

 before jugle trekking, tibe-tibe hubs punye left arm dislocates. seram kan. dulu dah pernah jadi sekali, tapi alhamdulillah, tibe-tibe tercantum sendiri. strange but true.



 



 kesian mereka diperlakukan spt anak-anak sekolah. haha.





hubs stayed dkt rainforest resort and ini masa dinner last night.

ok, bye!

Thursday, July 26, 2012

menu bulan Ramadhan dari dapur saya


sambungan menu yg i dah masak dlm bulan puasa ni so far.. maaf lah kalau buat korang lapar. hehehe. gigih saya amik gambar stp kali lepas masak ok..

 kari daging 

 sardine roll. dulu sy adalah peminat setia benda ni, tp skrg dah tak minat sgt.. why why?

 mi goreng mamak kesayangan kami. eh. sbb sedap melampau. haha. sendiri masak sendiri puji. beza mi goreng mamak style dgn melayu style. ialah masa nak tumis lada tu campur sekali rempah kari daging 1 sudu dan goreng mi sampai garing, mi goreng mamak kene kering baru syok. dan cili boh tu kene letak byk, sikit tak best.

 kacang pjg goreng dgn hati, this one untuk sahur the other day. i hidang sekali dgn ayam goreng, jadilah sahur je pun.

 yummilicious ikan pedas/sambal ikan.

 udang goreng tepung. semua jenis tepung i mix, tepung jagung, gandum dan tepung kfc tu. :)

sayur sawi goreng cincai namanya. 

itu sahaja. akan disambung tayang beberapa hari kemudian. kumpul gambar baru syok. harini hubs cakap tak payah masak beli semua kat bazaar saje. bagus juga, tekak ni rasa nak berbuka dgn nasi kukus ayam pulak. eh.

btw, sapa yg tanya resepi kuih sagu that day, i dah reply kat comment section ye.

selamat berpuasa hari ke 6!!

Wednesday, July 25, 2012

resepi ikan bakar portugis


not my original recipe of course. tapi dah lama i nak try buat ikan bakar mcm kat kedai. so apa lagi google. bila google semua yg i bace hampir sama resepinya. so here we go..


sumber resepi: mat gebu dan chef wan

bahan utama:
3 ekor ikan cencaru
1 helai daun limau purut, dihiris halus
3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
3 camca besar cili kisar
1 camca teh gula
1 1/2 camca teh garam
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya


bahan kisar:
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 keping hirisan lengkuas
kicap sesudu besar

bahan utk minyak bawang putih:
1/2 cawan minyak masak
6 ulas bawang putih, ditumbuk (dgn kulit)


Cara membuatnya:
  1. Minyak bawang putih :- Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih beserta kulit dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
  2. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan air limau dan garam 10 minit, cuci dan toskan. Campur semua bahan2 kisar bersama garam, gula dan cili kisar, gaul rata.
  3. Letak ikan atas daun pisang, lumur rata dengan bahan2 no.1, tabur hirisan daun limau purut dan tuang sedikit minyak bawang putih. Balut dengan aluminium foil dan bakar atas pan leper/kuali hingga masak.
  4. Hidangkan bersama air asam utk rasa yg lebih power. hehe.
 mudah dan mengkagumkan bagi org first time buat ikan bakar style ni. tapi next time, i ingat taknak letak daun limau purut, nak ganti dgn daun kunyit, lagi sedap kot. sbb i tgk ada gak yg letak daun kunyit.

di puasa-puasa mcm ni, habis semua blog resepi i layan, bukan nak cari resepi, tapi sbb nak tgk gambar makanan. LOL.

sselamat mencuba! ewah. =)

Tuesday, July 24, 2012

after tarawikh


ini malam terawikh pertama before puasa. balik tarawikh hubs teringin makan chicken chop katanya. layan jela. hehe. 




maaflah kalau menggugat iman. :)

Monday, July 23, 2012

menu berbuka yang i masak so far


inilah menu yg i dah masak setakat ni. so far i baru je merasa murtabak ayam dari bazar. yg lain semua menu di rumah. nothing beats your own homecooked food kononnya kan. 

 udang goreng kunyit

 ayam paprik yg tak hancur i blend. hehe.

 kentang cili api

 ikan bakar + air asam.

 kuih sagu yg sedap dan sgt cepat buat.

rojak. i buat kuah cabai mcm tu je, tak kuasa la pulak buat kuah kacang kan. buat kuah kacang pun tak pernah, ada hati pulak berangan. hehe.

harini nak masak apa pula ye? anyway, selamat berbuka. eh.dan selamat bertarawikh.


Friday, July 20, 2012

early dinner @ sweetchat


we went to the mines yesterday. jalan-jalan, pusing-pusing, cuci mata, have fun and makan-makan! haha. hubs amik cuti utk bawa i jalan-jalan since this weekend dah start puasa kan.

 first time nak merasa makan kat sini, baca from some blog review, rata-rata org cakap not bad and ada yg repeat ke situ some more. 

 ambiance was great, we chose to eat outside next to the river.

 honey BBQ burger set. not bad jugak. but definitely wont repeat order this. hehe. RM17.90. quite expensive for this kind of serving.

 comes together w the burger - your choice of sweet ending hots. so i pilih bubur hitam dgn tong yuen. sbg peminat bubur pulut hitam, this one tastes weird! LOL. yg 2 biji tu tong yuen, something mcm kuih inti kacang.

 hot chocolate. yummm! RM6.90

 sekali dlm set burger juga -tropical punch. carbonate drink w fruits flavor something like that. 

 meaty pizza. RM15.90 sedap!!! nipis dan byk cheese, perfect,  just the way i like. the size also ngam ngam ho for us two.

 enjoying my dinner. thanx sayang for the treat.

tak semua menepati citarasa i but will consider come again to chillax and eat the meaty pizza :)

banyak pilihan kat sini. tinggal pilih yg sedap tak sedap jela. pulut kuning ada, serawa durian, nasi lemak. macam-macam. ala-ala cafe. or you can feast your eyes first dkt website dia. go figure! bye :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...