Monday, July 15, 2013

dekorasi rumah kami


baru lepas stumbled upon this one blog yg cerita pasal deko. impress dgn deko urban style dia. ada org minat deko urban style, ada yg kampung, bali lah, ada yg ikea style. gitu. rumah kami, i deko caca marba style. hehe. 

ok, actually rumah kami walaupun takde exact theme, tp color mungkin agak bertema, almost semua benda kami nak brown/dark color. baru rasa mcm org kaya, teori i, warna gold/brown memberi efek exclusive. teori tu i sorang je rasa kot. haha. 

 living room. coffee table tu mungkin somehow mcm tak serasi dgn sofa tu, sbb table tu dah lama kami beli, mmg kami niat nak beli table baru yg lebih besar sikit.

 
 leather sofa. cari sofa ni jenuh gak, nak memenuhi kehendak dua hati ( hubs and i) mmg agak sukar. tapi finally jumpe yg both berkenan. why leather? sbb kalau kotor ke apa boleh lap, ada warranty 5 tahun jugak. cuma, bila pakai leather kena rajin wax, masa beli tu mmg kedai tu bagi wax sekali, so kami wax dlm sebulan sekali je, maknanya, baru dua kali wax.. haha. sabo jela kan. yela, sofa ni kami beli bila pindah rumah end of april haritu. baru lagilah kan...

sofa ni kami yg choose color dia, atas bawah, sebenarnya tone bahagia arm dgn sandar tu lain, tp dlm gambar nampak sama je. boleh pilih byk2 tone, tp kami pilih setiap sofa ada 3 different tones and order. beli sofa sekali je, so biar yg puas hati. harga sofa ni asal rm3200, tp masa tu tgh promosi masa bulan 5, so harga jadi 2500, ok lah kan, utk sofa, tak mahal sgt, tak murah sgt.. yela, kau beli iphone boleh pulak, takkan sofa tak boleh? *tetiba*cushion kecik2 tu kami beli kat jusco, jenuh gak nak cari yg sepadan 5 biji.

 kabinet tv  kami beli jenis old school, hubs suka style mcm ni, so i okay aje. tv tu kami beli months before kami pindah. toshiba smart tv, mmg smart, sbb dia boleh baca subtitle movie i dlm usb, walaupun subs tu separate, i suka.. hehehe. tv lama masih ada dan letak dlm bilik, kalau masing-masing nak tgk channel berbeza, sorang beralah tgk dlm bilik. gitu. kadang-kadang i beralah, kadang-kdang hubs yg beralah, kalau dua-dua taknak beralah, gaduh la apalagi..hehe.

fave frame. kulit kambing bertulis ayat kursi tu kami beli masa pergi sarawak haritu, rm20. pastu g hantar frame rm200, ha amik kau. jauh beza harga tu. tp puas hati, sgt suka bila dah siap frame, rasa mcm wow, lawa gila kulit kambing ni. hehe. org islam mestilah ada ayat alquran gantung kat wall kan. 

 ruang tamu view dari ruang makan. ada karpet je kat situ, nampak agak kosong kan, mmg kami nak beli kerusi satu nak letak situ. tapi mmg fail langsir tu, insyaAllah hujung minggu ni nak pasang rail tu, rimas gak tgk langsir tu bergantung tak bertali macam tu. eh.


 dan setiap rumah rasanya mmg wajib letak cermin. bagi impact luas selain senang hati sikit nak belek muka. ini pun kami tempah tapi mmg dah ada dlm catalog kat kedai perabot kami pergi tu. ni pun jenuh tawar menawar, sampai cina tu naik pening, so dpt lah harga rm450 siap pasang. nak pasang tu pun bukannya senang aku tengok macha tu pasang kemain payah sbb dia guna paku yg sikit punya panjang kan.

 wood frame, we love the details, nice kan.

 gambar kahwin + konvo-konvo uni kami

 dining hall. hall la sgt kan. meja ni dari rumah sewa kami bawak. ingat nak tinggal sbb nak beli baru, tp sayang pulak rasanya, meja ni beli awal kahwin aritu, bape ratus je pun, tp takpe, pakailah dulu sampai kami nak beli yg baru, satu kerusi dah takde pun, patah kami kerjakan.

dan tempat kunci juga penting supaya kunci tak bersepah dan senang nak capai. i beli tempat kunci ni kat karnival kraftangan yg earlier this year tu.

ha, ni rumah kami masa kami pindah end of april haritu. masa ni baru pindah sikit2, belum angkut semua barang. kira sekarang dah lega la, bila dah siap setel sebahagian. bila compare sebelum dgn selepas, rasa kagun dgn diri sendiri pulak... ;p

bilik, dapur dan toilet nanti2 i citer lagi k. cukuplah setakat ni, raya jemputlah kerumah. :))

3 comments:

Gieyana said...

luasnya umah uols...

x per..citarasa masing2 kan...nice..:)

Normi Nieza said...

cantik umah dia..:)

cha said...

cantik rumah u. kiranya tema u ni ala ala kayu/coklat jugakla kan mcm rumah mertua i semua nak putih haha. sofa pun leather tapi senang nk cuci tp bygkanla putih jenuh gakla.

cermin memang buat rumah nampak luas :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...